Thursday 29 March 2012

AKU ADALAH AKU

Cikgu Nieda....itulah panggilan untukku...

Aku dilahirkan pada 19 Nov 1979...Pendidikan awal di SRK Rantau Panjang, Kelantan. Kemudian, aku bersekolah di SM Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan dan seterusnya mengikuti Program Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Dan kemudian aku mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UUM..

Pengalaman pertama mengajar sebagai Guru Ganti...Perasaan aku pada masa itu agak takut juga..Maklumlah tidak pernah ada pengalaman mengajar... 

Sepanjang selama lebih kurang 10 tahun tu..dah banyak sekolah aku mengajar termasuklah hampir 1 tahun setengah mengajar di Kolej Komuniti Pasir Mas..Banyak pengalaman yang aku perolehi... Dan macam tak percaya pula apabila dapat tahu masuk balik UUM untuk buat DPLI...UUM, here I come...

Dan, yang syoknya dulu masa matrikulasi untuk subjek Teknologi Maklumat (IT), lecturer yang mengajar aku tu dulu adalah lecturer yang sama untuk subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan untuk DPLI...iaitu EN. ZOLKEFLI BAHADOR...best kan....mungkin En Zol dah tak ingat dah...maklumlah ramai sangat student dia...dan blog ini pun dihasilkan untuk tugasan En Zol... Harap2 dalam A+++ untuk subjek ni... ;-)



Student's Life @ UUM

Liku kehidupan..
kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Dan jadikan ia sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan...pasti akan menghasilkan kecemerlangan...
******************************************************
"MOE : Tahniah! Anda ditawarkan Latihan Perguruan bagi GSTT Ambilan Dis 2011 Mod Sepenuh Masa...."
******************************************************
Mesej itu diterima pada 19 Dis 2011, jam 3.33pm... Adakah ini mimpi? Aku seakan tidak percaya.... Sebenarnya aku telah lama tidak mengajar di sekolah disebabkan kontrak sebagai GSTT tidak disambung oleh JPN. Hampir selama 2 tahun aku meninggalkan sekolah dan kini aku dipanggil untuk mengikuti DPLI... Aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan aku rezeki ini... Peluang ini tidak akan ku persiakan..

Pada 20 Feb 2012, aku kembali semula ke UUM...UUM yang pernah aku tinggalkan dahulu, menggamit memori ku sebagai pelajar.. Dulu selama lebih kurang 4 tahun berada di bumi Sintok, kini aku kembali untuk menimba ilmu sebaik mungkin..

Kehidupan?? Aku amat gembira berada disini, kawan2 dan lecturer semuanya best2. Masa mula2 daftar, macam2 bermain di fikiran ku.. Nak berkenalan dengan kawan baru, suasana baru, nak kena belajar balik walaupun hampir 10 tahun meninggalkan zaman U...
Tapi setakat ini Alhamdulillah, aku dapat mengharunginya dengan baik..

Program DPLI ini adalah selama setahun setengah..Aku di UUM, 1 tahun belajar + setengah tahun praktikum.. Nak atau tidak, aku kena hadapinya dengan tabah..Memang inilah keputusan aku... Dan cita2 aku untuk bergelar seorang pendidik.. Hopefully, I'll get a good result with flying colors...Amin..





Tuesday 27 March 2012

Selamat Datang .....

Sejarah bermaksud "menyiasat / inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan" adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan dan persembahan maklumat terhadap 
peristiwa silam atau lampau.

Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan, peristiwa dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa.

Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai tabii sejarah dan kegunaannya. Ini termasuklah membincangkan kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah menyediakan "perspektif" pada masalah masa kini.

Cerita-cerita yang biasa kepada budaya tertentu tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar (seperti lagenda yang mengelilingi King Arthur) biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah.


Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah. Di kalangan ilmuan, ahli sejarawan Yunani abad ke-5, SM Herodotus dianggap sebagai "bapa sejarah", dan bersama-sama dengan ahli sejarawan sezamannya Thucydides membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-sama dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah mewujudkan banyak have spawned many different interpretasi yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah selama berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah.


Kajian sejarah moden mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur penyiasatan sejarah yang bertema. 


Sejarah selalunya diajar sebagai sebahagian daripada pendidikan rendah dan menengah, dan kajian akademik sejarah sebagai disiplin utama di dalam pembelajaran universiti.