Cikgu Nieda....itulah panggilan untukku...
Aku dilahirkan pada 19 Nov 1979...Pendidikan awal di SRK Rantau Panjang, Kelantan. Kemudian, aku bersekolah di SM Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan dan seterusnya mengikuti Program Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Dan kemudian aku mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UUM..
Pengalaman pertama mengajar sebagai Guru Ganti...Perasaan aku pada masa itu agak takut juga..Maklumlah tidak pernah ada pengalaman mengajar...
Sepanjang selama lebih kurang 10 tahun tu..dah banyak sekolah aku mengajar termasuklah hampir 1 tahun setengah mengajar di Kolej Komuniti Pasir Mas..Banyak pengalaman yang aku perolehi... Dan macam tak percaya pula apabila dapat tahu masuk balik UUM untuk buat DPLI...UUM, here I come...
Dan, yang syoknya dulu masa matrikulasi untuk subjek Teknologi Maklumat (IT), lecturer yang mengajar aku tu dulu adalah lecturer yang sama untuk subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan untuk DPLI...iaitu EN. ZOLKEFLI BAHADOR...best kan....mungkin En Zol dah tak ingat dah...maklumlah ramai sangat student dia...dan blog ini pun dihasilkan untuk tugasan En Zol... Harap2 dalam A+++ untuk subjek ni... ;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Liku kehidupan..
kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Dan jadikan ia sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan...pasti akan menghasilkan kecemerlangan...
******************************************************
kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Dan jadikan ia sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan...pasti akan menghasilkan kecemerlangan...
******************************************************
"MOE : Tahniah! Anda ditawarkan Latihan Perguruan bagi GSTT Ambilan Dis 2011 Mod Sepenuh Masa...."
******************************************************
Mesej itu diterima pada 19 Dis 2011, jam 3.33pm... Adakah ini mimpi? Aku seakan tidak percaya.... Sebenarnya aku telah lama tidak mengajar di sekolah disebabkan kontrak sebagai GSTT tidak disambung oleh JPN. Hampir selama 2 tahun aku meninggalkan sekolah dan kini aku dipanggil untuk mengikuti DPLI... Aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan aku rezeki ini... Peluang ini tidak akan ku persiakan..
Pada 20 Feb 2012, aku kembali semula ke UUM...UUM yang pernah aku tinggalkan dahulu, menggamit memori ku sebagai pelajar.. Dulu selama lebih kurang 4 tahun berada di bumi Sintok, kini aku kembali untuk menimba ilmu sebaik mungkin..
Kehidupan?? Aku amat gembira berada disini, kawan2 dan lecturer semuanya best2. Masa mula2 daftar, macam2 bermain di fikiran ku.. Nak berkenalan dengan kawan baru, suasana baru, nak kena belajar balik walaupun hampir 10 tahun meninggalkan zaman U...
Tapi setakat ini Alhamdulillah, aku dapat mengharunginya dengan baik..
Program DPLI ini adalah selama setahun setengah..Aku di UUM, 1 tahun belajar + setengah tahun praktikum.. Nak atau tidak, aku kena hadapinya dengan tabah..Memang inilah keputusan aku... Dan cita2 aku untuk bergelar seorang pendidik.. Hopefully, I'll get a good result with flying colors...Amin..
Cik ke ataupun dah bergelar Puan.... Cikgu Nieda ni...
ReplyDeleteHaloo Ahmad Fahariman.
DeleteIni eskandar from penang