Thursday, 29 March 2012

Student's Life @ UUM

Liku kehidupan..
kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Dan jadikan ia sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan...pasti akan menghasilkan kecemerlangan...
******************************************************
"MOE : Tahniah! Anda ditawarkan Latihan Perguruan bagi GSTT Ambilan Dis 2011 Mod Sepenuh Masa...."
******************************************************
Mesej itu diterima pada 19 Dis 2011, jam 3.33pm... Adakah ini mimpi? Aku seakan tidak percaya.... Sebenarnya aku telah lama tidak mengajar di sekolah disebabkan kontrak sebagai GSTT tidak disambung oleh JPN. Hampir selama 2 tahun aku meninggalkan sekolah dan kini aku dipanggil untuk mengikuti DPLI... Aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan aku rezeki ini... Peluang ini tidak akan ku persiakan..

Pada 20 Feb 2012, aku kembali semula ke UUM...UUM yang pernah aku tinggalkan dahulu, menggamit memori ku sebagai pelajar.. Dulu selama lebih kurang 4 tahun berada di bumi Sintok, kini aku kembali untuk menimba ilmu sebaik mungkin..

Kehidupan?? Aku amat gembira berada disini, kawan2 dan lecturer semuanya best2. Masa mula2 daftar, macam2 bermain di fikiran ku.. Nak berkenalan dengan kawan baru, suasana baru, nak kena belajar balik walaupun hampir 10 tahun meninggalkan zaman U...
Tapi setakat ini Alhamdulillah, aku dapat mengharunginya dengan baik..

Program DPLI ini adalah selama setahun setengah..Aku di UUM, 1 tahun belajar + setengah tahun praktikum.. Nak atau tidak, aku kena hadapinya dengan tabah..Memang inilah keputusan aku... Dan cita2 aku untuk bergelar seorang pendidik.. Hopefully, I'll get a good result with flying colors...Amin..





No comments:

Post a Comment