Kemunculan
Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah
Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka
mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri
negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari
1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Setelah
kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia
yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan
ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau
bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA
tercapai pada 16 September 1963.
No comments:
Post a Comment