Pada
era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan,
sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah
memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan
berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka
menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi
masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat
mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan
penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun
1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun
telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis
Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan
membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa
British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan
British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka
cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang
hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan
UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai
bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
No comments:
Post a Comment